KIMIA:BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI ASID SULFURIK Asid sulfurik mempunyai pelbagai penggunaan dalam bidang industri PEMBUATAN ASID SULFURIK MELALUI PROSES SENTUH Peringkat I : Penghasilan sulfur dioksida Pembakaran serbuk sulfur dalam udara (gas oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida. Peringkat II : Penghasilan sulfur trioksida Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida kemudiannya dipanaskan bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 °C – 500 °C dan tekanan 1 atmosfera, tindak balas berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V) oksida, V 2 O 5 , untuk menghasilkan sulfur trioksida. Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah: Dibawah keadaan tindak balas yang optimum ini, 98% sulfur trioksida dihasilkan. Sulfur dioksida yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir semula ke menara untuk bertindak balas. P